Masjid Bandaraya Kota Kinabalu merupakan antara masjid yang
terkenal di Sabah. Terletak di kawasan
pesisir pantai Teluk Likas, masjid ini juga merupakan salah sebuah masjid yang
kerap dikunjungi pelancong sama ada dari dalam mahupun luar Negara. Keunikkan
masjid ini terserlah dengan strukturnya dibina dikelilingi air. Kedudukannya yang strategik
juga memudahkan para pengunjung untuk datang ke masjid ini sama ada dengan
tujuan beribadat mahupun sebagai daya penarik industri pelancongan Sabah. Kewujudan Taman Tema Air di masjid juga
menarik perhatian pengujung untuk melakukan aktiviti riadah tersebut. Terletak
hanya kira- kira 10 minit dari Bandar Kota Kinabalu, perjalanan menyusuri tepi
pantai Teluk Likas pasti membuatkan pengunjung terpegun dengan panorama indah
pemandangan dari Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Tuesday, 21 April 2015
Saturday, 18 April 2015
Menarik di Sabah... Taman Awam Teluk Likas
Taman Awam Teluk Likas merupakan salah satu tempat rekreasi
yang popular di Kota Kinabalu. Kedudukannya yang terletak bersebelahan antara
Lebuhraya Pantai juga menjadikan tempat rekreasi sangat popular di kalangan masyarakat
setempat.
Banyak aktiviti keluarga yang boleh dilakukan di sini
terutama pada hujung minggu. Kebanyakkan yang datang bukan sahaja menikmati
aktiviti riadah seperti bersenam dan juga berbasikal malahan juga berkelah santai
seisi keluarga sambil bermandi- manda di
pantai tersebut.
Lanskap tumbuhan dan pembangunan di kawasan ini juga menarik
perhatian pengunjung untuk berehat menikmati pemandangan indah di tepi pantai.
Kapal- kapal yang berlabuh di teluk serta pemandangan matahari terbenam dapat memberi
kepuasan kepada pengunjung untuk berada di taman ini.
Pelbagai kemudahan yang disediakan di taman ini antaranya
adalah trek jogging dan basikal, taman permainan kanak- kanak, dataran orang
ramai, alat senaman serta banyak lagi. Apabila anda bercadang untuk ke Kota
Kinabalu, jangan lupa untuk singgah di Taman Awam Teluk Likas.
Thursday, 16 April 2015
Menarik di Sabah...Tanjung Simpang Mengayau
Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai The Tip of Borneo. Terletak di daerah Kudat, Sabah, tempat ini terletak kira- kira 50 KM dari pusat bandar. Dengan pemandangan yang menarik dan mempersonakan, tempat ini merupakan titik pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan. Tempat ini dikelaskan sebagai salah satu tempat pusat pelancongan yang paling cantik di Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)