Saturday, 18 April 2015

Menarik di Sabah... Taman Awam Teluk Likas

Taman Awam Teluk Likas merupakan salah satu tempat rekreasi yang popular di Kota Kinabalu. Kedudukannya yang terletak bersebelahan antara Lebuhraya Pantai juga menjadikan tempat rekreasi sangat popular di kalangan masyarakat setempat. 

Banyak aktiviti keluarga yang boleh dilakukan di sini terutama pada hujung minggu. Kebanyakkan yang datang bukan sahaja menikmati aktiviti riadah seperti bersenam dan juga berbasikal malahan juga berkelah santai  seisi keluarga sambil bermandi- manda di pantai tersebut.

Lanskap tumbuhan dan pembangunan di kawasan ini juga menarik perhatian pengunjung untuk berehat menikmati pemandangan indah di tepi pantai. Kapal- kapal yang berlabuh di teluk serta pemandangan matahari terbenam dapat memberi kepuasan kepada pengunjung untuk berada di taman ini.


Pelbagai kemudahan yang disediakan di taman ini antaranya adalah trek jogging dan basikal, taman permainan kanak- kanak, dataran orang ramai, alat senaman serta banyak lagi. Apabila anda bercadang untuk ke Kota Kinabalu, jangan lupa untuk singgah di Taman Awam Teluk Likas.





No comments:

Post a Comment