Tuesday, 21 April 2015

Menarik di Sabah...Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu merupakan antara masjid yang terkenal di Sabah.  Terletak di kawasan pesisir pantai Teluk Likas, masjid ini juga merupakan salah sebuah masjid yang kerap dikunjungi pelancong sama ada dari dalam mahupun luar Negara. Keunikkan masjid ini terserlah dengan strukturnya dibina dikelilingi air. Kedudukannya yang strategik juga memudahkan para pengunjung untuk datang ke masjid ini sama ada dengan tujuan beribadat mahupun sebagai daya penarik industri pelancongan Sabah.  Kewujudan Taman Tema Air di masjid juga menarik perhatian pengujung untuk melakukan aktiviti riadah tersebut. Terletak hanya kira- kira 10 minit dari Bandar Kota Kinabalu, perjalanan menyusuri tepi pantai Teluk Likas pasti membuatkan pengunjung terpegun dengan panorama indah pemandangan dari Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.






No comments:

Post a Comment